Saturday, June 14, 2014

Website ini Tag kami! Renown Gift


Sudah tentu website ini tag kami bila barangannya menjadi salah satu cenderahati buat tetamu kami. Yang baik dibalas baik. Adat berniaga pelanggan diutamakan. Inilah after sales service mereka, menghargai pelanggan.

Sunday, June 8, 2014

Mereka yang membantu - dihargai

Terima kasih daun keladi kepada semua ahli keluarga yang membantu melicinkan perjalanan majlis perkahwinan ini. Hanya Allah jualah yang mampu membalas penat lelah ahli keluarga semua.






 
 


Majlis Makan Beradab

Puan dibawa ke Gunung Keriang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara seterusnya iaitu Majlis Makan Beradab. Dengan segala hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama-sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. Dipersilakan.

Bagi para jemputan yang dirahmati sekalaian, silakan sama-sama menikmati jamuan yang disediakan. Bagi tetamu yang baru sahaja tiba, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang bersejarah ini.








Perarakan Masuk Pasangan Pengantin


Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Mengumumkan perarakan masuk pasangan pengantin yang diraikan ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan pasangan raja sehari: 

............... dan  .................

Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan Kita, Baginda Nabi Muhammad S.A.W,

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama-sama berselawat ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W 








Penggerak di Belakang Tabir



Mereka ini adalah sahabat yang menjadi penggerak di belakang tabir bagi memastikan majlis mempunyai flow dan teratur serta kemas. Bekerja dalam satu pasukan dan menghargai pandangan dan cadangan bagi menjayakan majlis untuk sahabat mereka. 






 Puan Hanisah, Abang Amdan, En Mohd Ismail dan En Izwan terima kasih banyak-banyak atas bantuan. Semoga Allah membalas jasa tuan-puan di Akhirat nanti.

Flower Girls


Anak-anak saudara turut terlibat dalam majlis ini. Menjadi Flower Girls. Cantik semuanya dihias bunga. Sebelum majlis kami adakan sedikit taklimat dan rehearsal bagi melancarkan majlis.















Terima kasih semua. Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.