Sunday, June 8, 2014

Majlis Makan Beradab

Puan dibawa ke Gunung Keriang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara seterusnya iaitu Majlis Makan Beradab. Dengan segala hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama-sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. Dipersilakan.

Bagi para jemputan yang dirahmati sekalaian, silakan sama-sama menikmati jamuan yang disediakan. Bagi tetamu yang baru sahaja tiba, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang bersejarah ini.








No comments:

Post a Comment